Monday, June 30, 2008

Hadiah Jam Tangan Wanita Percuma


Gucci Ladies Watch
PERCUMA... Jam tangan wanita untuk anda, bagaimana untuk mendapatkannya?? Senang sahaja, beli salah satu produk terkini iaitu Bluetooth Rear View Mirror atau Andropenis, anda layak memiliki salah satu jam istimewa ini.. cepat... sementara stok masih ada.

Sunday, June 29, 2008

Blog Pertama Anda


Bagi anda yang belum mempunyai sebuah Blog dan berasa teruja untuk berblog dan ingin mempunyai blog sendiri pertama di Blogger.com, Sipunat ingin menawarkan bantuan dengan memberi perkhidmatan untuk membina Blog Pertama Anda di Blogger.com.

Mungkin bagi anda yang pertama kali ingin membuat Blog, merasa terlalu susah dan tidak berapa faham dengan beberapa arahan dalam percubaan untuk membina Blog Pertama Anda walaupun ia begitu mudah bagi yang telah mahir.

Jangan putus asa dan membuang masa dengan klik kesini sana, dapatkan bantuan Sipunat dengan bayaran perkhidmatan membina Blog Pertama Anda di Blogger.com dengan harga bantuan yang sangat berpatutan.

Hadiah Perkhidmatan untuk Sipunat seperti di bawah :

  1. Membina Blog - RM30.00 sahaja (Paparan asas untuk sebuah Blog iaitu, About Me, Archive, Category)
  2. Menukar Tema Blog - PERCUMA
  3. Blog anda akan dilinkkan dengan Blog Sipunat.
  4. Setelah Blog anda disiapkan, anda akan diberi khidmat bantuan seterusnya secara percuma pada bila bila masa diperlukan sehingga anda menjadi terror dan dapat membina blog blog anda seterusnya sendiri.

Hubungi Sipunat dengan alamat emel sipunat@yahoo.com

Wednesday, June 25, 2008

Restoran Mangkuk Tandas


Cuba korang tengok gambar kat atas tu betapa berseleranya mereka menjamu selera di sebuah restoran yang bertemakan mangkuk tandas. Toilet Bowl Restaurant ni sebenarnya bukan di Malaysia, aku tak rasa orang akan masuk kalau restoran ni dibuka di Malaysia. Restoran ni sebenarnya di Kaohsiung Taiwan hasil daripada idea seorang anak muda.


Macam macam idea sebenarnya untuk menarik pelanggan dan mungkin orang lain tak pernah terfikir restoran bertemakan mangkuk tandas ni. Korang rasa larat tak korang nak makan dalam restoran tu yang dikelilingi oleh mangkuk mangkuk tandas tu?? Iyelah, walaupun ia bersih tapi ia tetap mangkuk tandas juga kan.

Saturday, May 31, 2008

Beza lelaki n Pompuan

Jangan dipertikaikan andai korang sering merungut jika personaliti, perbuatan malahan gerak laku kita berbeza dengan pasangan kita. Memang sejak azali lagi perbezaan gender membuatkan kita tidak sama. Bagai langit dan bumi.

Lelaki dan pompuan memang diciptakan dengan pelbagai kelainan. Itulah tanda2 kebesaran'nya'. Kalau korang tak percaya mari kita lihat pada satu senario yang aku nak citer ni.

Apabila seseorang lelaki menyendiri, bolehlah disimpulkan bahawa dia tengah tertekan atau menghadapi masaalah.Pompuan pula kalau ada masaalah atau tertekan segala rahsia akan diceritakan. Kadang kadang pada orang yang tak sepatutnya dia cerita pun dia cerita.

Jika lelaki menyendiri mungkin dia ada tekanan kat tempat kerja atau ada masaalah pada kereta kesayangannya. Mana tahu juga disebabkan oleh beberapa kerenah orang pompuan yang menjadi penyebab dan memeningkan kepalanya. Boleh jadi, ada yang menyatakan bila lelaki menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan je untuk tempoh tertentu dan pompuan jangan 'gatal gatal' nak cuba pujuk. Kadang kadang lelaki hanya perlukan tempoh bertenang sebelum mengambil langkah seterusnya. Tapi selalunya orang pompuan tak faham dan selalu kelam kabut dengan menuduh lelaki macam2,ada gelfren lainlah,dah tak sayanglah dan bermacam kerenah yang menambahkan pening kepala lelaki.

Sebenarnya dalam tempoh lelaki banyak menyendiri tu,usahlah kaum pompuan risau sangat, ia sekejap jer. Emosi pada seorang lelaki sekejap jer, ia mudah reda dan hilang. Berbeza dengan wanita tatkala tertekan,emosi pompuan macam ombak. Ia mengambil masa yang lama untuk reda. Lelaki biasanya dapat menyesuaikan diri apabila keadaan ini berlaku tak macam pompuan yang cepat mengelabah.

Kenapa jadi camtu? Itulah bukti kekuasaan Allah. Dia menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dan pompuan, agar apabila disatukan nanti, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan dan lengkap melengkapi. Masing masing memenuhi kekurangan masing masing.

Pada aku, pemikiran lelaki lebih bersifat makro iaitu melihat sesuatu secara keseluruhan sedangkan pompuan mempunyai penilaian yang mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci tulah yang kadang kadang jadi fussy sangat lebih lebih lagi kalau jadi boss kat pejabat. Disebabkan perbezaan pemikiran tu jangan hairan kalau lelaki boleh buat selamba dengan masaalah yang dirasakan berat oleh pompuan.

Lagi satu lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah bila kena leter. Oleh itu orang pompuan kurangkanlah leteran korang tu. Leter sikit sikit dahlah jangan panjang panjang sangat. Abang rimas arrr...

Friday, May 23, 2008

Boroi @ Buncit



Looky Here


Perut siapa boroi? Ramai sekarang masyarakat tak kiralah samaada lelaki ataupun pompuan berperut boroi. Lebih lebih lagi yang sudah berkahwin, bila dapat anak sorang jer perutpun start naik macam belon..hehe. Mungkin dah kurang dan malas nak melakukan aktiviti bersukan, asyik duduk mengadap TV je. Yang bujangpun kadang kadang ada juga yang boroi ni, member aku ada sorang belum kawin tapi boroi, kawan kawan panggil dia Roy...hehe. Sorry Boroi.. perut lu memang boroi. Aku pernah baca kat blog menteil dimana nilainya nama. Ini adalah satu contoh gelaran nama yang berkaitan dengan perut.

Bercerita pasal boroi ni memang senario biasa sebenarnya lebih tepat lagi perut buncit. Kaum pompuanpun ramai yang buncit juga, bukan buncit sebab pregnant, itu buncit lain, tapi buncit yang aku maksudkan ni perut mengelebeh. Kalau lelaki mungkin nampak sexy kalau dia banyak duit, itu kata kawan pompuan akulah, hampeh betul..memang ko dasar materialistik. Tapi kalo pompuan yang buncit..'tak menariklah sayang'..'belilah ubat ke, alat senaman ke bagi kempis sikit perut you tu'...hehe berangan je aku.

Korang tak perlu beli ubat atau alat senaman ke, hari ni aku nak bercerita dan turunkan ilmu dari nenek kebayan semoga dapat dimanfaatkan oleh anak cucu semua. Aku rasa korang mesti pernah dengar tapi tak pernah nak praktikkan. Nama senaman ni agak kelako jugaklah iaitu

Senaman Kemut

Cara cara nak buat senaman ni mudah jer,
1. Ok..korang kemut kuat2 sambil kempiskan perut.
2. Pastikan kaki korang kejang tau.
3. Tahan nafas sama, masa nak lepas tu korang jangan lepas mengejut, slow slow.
4. Buatlah 15x ke, 100x ke, ikut kesukaan dan keselesaan koranglah.

Masa yang sesuai untuk buat senaman ni - ni yang best, tak kira masa dan tempat, bila bila masa korang boleh buat, tengah tunggu LRT, berus gigi pagi2, tengah duduk depan PC ni pun boleh, aku tengah buatlah ni..hehe. Lagi kerap lagi bagus sebenarnya.

Dan yang terakhir adalah kesan kesan senaman kemut ni pada korang.
1. Psst..Untuk kaum lelaki, boleh tahan lebih lama beb, gua cakap Lu.
2. Untuk pompuan pulakkan, korang tanyalah suami korang nanti, mesti suami korang tanya camni "You makan ubat apa ni sayang,tak macam biasala??"hehe..
3. Yang terakhir adalah mengurangkan keboroian, kempiskan perutlah tu.

Dalam bahasa moden sebenarnya kaedah senaman ni dikenali sebagai PELVIC FLOOR EXERCISE.

Oklah...Selamat mengempiskan perut pada korang semua.