Saturday, May 31, 2008

Beza lelaki n Pompuan

Jangan dipertikaikan andai korang sering merungut jika personaliti, perbuatan malahan gerak laku kita berbeza dengan pasangan kita. Memang sejak azali lagi perbezaan gender membuatkan kita tidak sama. Bagai langit dan bumi.

Lelaki dan pompuan memang diciptakan dengan pelbagai kelainan. Itulah tanda2 kebesaran'nya'. Kalau korang tak percaya mari kita lihat pada satu senario yang aku nak citer ni.

Apabila seseorang lelaki menyendiri, bolehlah disimpulkan bahawa dia tengah tertekan atau menghadapi masaalah.Pompuan pula kalau ada masaalah atau tertekan segala rahsia akan diceritakan. Kadang kadang pada orang yang tak sepatutnya dia cerita pun dia cerita.

Jika lelaki menyendiri mungkin dia ada tekanan kat tempat kerja atau ada masaalah pada kereta kesayangannya. Mana tahu juga disebabkan oleh beberapa kerenah orang pompuan yang menjadi penyebab dan memeningkan kepalanya. Boleh jadi, ada yang menyatakan bila lelaki menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan je untuk tempoh tertentu dan pompuan jangan 'gatal gatal' nak cuba pujuk. Kadang kadang lelaki hanya perlukan tempoh bertenang sebelum mengambil langkah seterusnya. Tapi selalunya orang pompuan tak faham dan selalu kelam kabut dengan menuduh lelaki macam2,ada gelfren lainlah,dah tak sayanglah dan bermacam kerenah yang menambahkan pening kepala lelaki.

Sebenarnya dalam tempoh lelaki banyak menyendiri tu,usahlah kaum pompuan risau sangat, ia sekejap jer. Emosi pada seorang lelaki sekejap jer, ia mudah reda dan hilang. Berbeza dengan wanita tatkala tertekan,emosi pompuan macam ombak. Ia mengambil masa yang lama untuk reda. Lelaki biasanya dapat menyesuaikan diri apabila keadaan ini berlaku tak macam pompuan yang cepat mengelabah.

Kenapa jadi camtu? Itulah bukti kekuasaan Allah. Dia menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dan pompuan, agar apabila disatukan nanti, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan dan lengkap melengkapi. Masing masing memenuhi kekurangan masing masing.

Pada aku, pemikiran lelaki lebih bersifat makro iaitu melihat sesuatu secara keseluruhan sedangkan pompuan mempunyai penilaian yang mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci tulah yang kadang kadang jadi fussy sangat lebih lebih lagi kalau jadi boss kat pejabat. Disebabkan perbezaan pemikiran tu jangan hairan kalau lelaki boleh buat selamba dengan masaalah yang dirasakan berat oleh pompuan.

Lagi satu lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah bila kena leter. Oleh itu orang pompuan kurangkanlah leteran korang tu. Leter sikit sikit dahlah jangan panjang panjang sangat. Abang rimas arrr...

Friday, May 23, 2008

Boroi @ Buncit



Looky Here


Perut siapa boroi? Ramai sekarang masyarakat tak kiralah samaada lelaki ataupun pompuan berperut boroi. Lebih lebih lagi yang sudah berkahwin, bila dapat anak sorang jer perutpun start naik macam belon..hehe. Mungkin dah kurang dan malas nak melakukan aktiviti bersukan, asyik duduk mengadap TV je. Yang bujangpun kadang kadang ada juga yang boroi ni, member aku ada sorang belum kawin tapi boroi, kawan kawan panggil dia Roy...hehe. Sorry Boroi.. perut lu memang boroi. Aku pernah baca kat blog menteil dimana nilainya nama. Ini adalah satu contoh gelaran nama yang berkaitan dengan perut.

Bercerita pasal boroi ni memang senario biasa sebenarnya lebih tepat lagi perut buncit. Kaum pompuanpun ramai yang buncit juga, bukan buncit sebab pregnant, itu buncit lain, tapi buncit yang aku maksudkan ni perut mengelebeh. Kalau lelaki mungkin nampak sexy kalau dia banyak duit, itu kata kawan pompuan akulah, hampeh betul..memang ko dasar materialistik. Tapi kalo pompuan yang buncit..'tak menariklah sayang'..'belilah ubat ke, alat senaman ke bagi kempis sikit perut you tu'...hehe berangan je aku.

Korang tak perlu beli ubat atau alat senaman ke, hari ni aku nak bercerita dan turunkan ilmu dari nenek kebayan semoga dapat dimanfaatkan oleh anak cucu semua. Aku rasa korang mesti pernah dengar tapi tak pernah nak praktikkan. Nama senaman ni agak kelako jugaklah iaitu

Senaman Kemut

Cara cara nak buat senaman ni mudah jer,
1. Ok..korang kemut kuat2 sambil kempiskan perut.
2. Pastikan kaki korang kejang tau.
3. Tahan nafas sama, masa nak lepas tu korang jangan lepas mengejut, slow slow.
4. Buatlah 15x ke, 100x ke, ikut kesukaan dan keselesaan koranglah.

Masa yang sesuai untuk buat senaman ni - ni yang best, tak kira masa dan tempat, bila bila masa korang boleh buat, tengah tunggu LRT, berus gigi pagi2, tengah duduk depan PC ni pun boleh, aku tengah buatlah ni..hehe. Lagi kerap lagi bagus sebenarnya.

Dan yang terakhir adalah kesan kesan senaman kemut ni pada korang.
1. Psst..Untuk kaum lelaki, boleh tahan lebih lama beb, gua cakap Lu.
2. Untuk pompuan pulakkan, korang tanyalah suami korang nanti, mesti suami korang tanya camni "You makan ubat apa ni sayang,tak macam biasala??"hehe..
3. Yang terakhir adalah mengurangkan keboroian, kempiskan perutlah tu.

Dalam bahasa moden sebenarnya kaedah senaman ni dikenali sebagai PELVIC FLOOR EXERCISE.

Oklah...Selamat mengempiskan perut pada korang semua.

Tuesday, May 20, 2008

Convert Tulisan Rumi ke Jawi secara online



Hari ni aku telah sampai kesebuah blog converter Ejawi.net dimana kita boleh convert tulisan rumi ke jawi hanya dengan satu klik jer, agak menarik kerana memandangkan tulisan jawi yang sudah terpinggir dapat dimartabatkan semula jika ada usaha sebegini dan merupakan satu usaha yang baik dari pemilik blog www.ejawi.net

Kepada korang yang nak cuba bolehla ke laman www.ejawi.net

سلامت داتڠ ك بلوڬ سيڤونت، سموڬ اندا سموا چريا هاري ني.
Selamat datang ke Blog sipunat, smoga anda semua ceria hari ni.

Friday, May 16, 2008

Kawan @ Kekasih







Hari ni aku nak bercerita pasal kawan atau kekasih, korang rasa mana lebih penting? Ada diantara kita, kaum lelakilah ni apabila dah dapat kekasih jer terus menghilangkan diri dari kawan kawan, kalau sebelum ni boleh lepak ngan kawan kawan minum sambil tengok bola ataupun gi main snuker sekarang sejak ber'awek' batang hidungpun susah nak nampak. Langsung tak dengar khabar berita. Persoalannya kat sini salahke mereka?



Yang mana harus diutamakan, kawan atau kekasih? Jawapan aku, kedua duanya.. macamana? Mudah jer..berkawan bukannya berdosa dan bercinta juga tidak salah. Untuk menjadi seorang kawan dan kekasih yang baik kita harus pandai membahagikan masa mengikut kepentingan masing2.

Biasanya sewaktu dalam kesusahan, kita akan mencari kawan bukannya kekasih. Begitu juga dalam masaalah keluarga dan peribadi kita lebih selesa berkongsi bersama kawan. Hanya segelintir yang dah lama berkasih dan kurang berkawan jer yang berkongsi masaalah dengan kekasih. Kawan kitapun juga mengharapkan perkara yang sama dari kita apabila ditimpa kesusahan. Jika kekasih kita betul2 sayangkan kita, dia tentu alkan faham tanggungjawab sebagai seorang kawan sejati.. Namun jika diwaktu yang sama kekasih kita juga bermasaalah jalan penyelesaiannya ialah mengharapkan bantuan rakan sejati yang lain pula.

Kawan dan kekasih tidak banyak bezanya, kita boleh berkawan dengan siapa saja tanpa mengira jantina, tetapi sebagai kekasih pastika dia dari jantina yang berbeza kalau sama jantina tu korang faham faham jela ek...

Wednesday, May 14, 2008

Mak korang pernah nyanyi tak??



Cuba korang tengok video si Mawi ni, nyanyi lagu yang mak dia selalu nyanyi masa dia kecik2 dulu.. teringatlah pulak aku masa kecik2 dulu, tapi aku tak ingatlah lagu apa yang mak aku selalu nyanyi, korang ingat tak mak korang selalu nyanyi lagu apa? Aku rasa suara yang paling sedap kat dunia ni ialah suara mak2 kita sebab tu bila dengar diaorg nyanyi terus tidur lena kan anak anak diaorg.



Ada lagi ke zaman sekarang ni ibu2 menyanyikan anak2 sebelum mereka tidur ye.. Yelah zaman dulu ibu2 tak bekerja so banyaklah masa dengan anak2 tapi zaman sekarang bila masa lak nak menyanyikan anak2 sebelum tidur so anak2 dengar suara pembantu rumah jer la yang menyanyikan mereka...itupun kalau ada.

Monday, May 12, 2008

Selamat Hari Jururawat untuk Jururawat Jururawat






Masih tak terlambat rasanya aku nak mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada sume jururawat di Malaysia sempena hari jururawat sedunia semalam. Lebih lebih lagi kepada Cik Misi yang merawat aku baru baru ni...hehe. Tima kasih ye wak kerana merawat saya..saya suka tengok awak, namer sape ek?? Bole kenal tak..

Bercerita pasal jururawat ni aku sebenarnya amat kagum dengan tugas diorang yang menjaga pesakit pesakit dengan tanpa rasa bosan dan bengang melayan kerenah pesakit yang berbagai tu..muka senyum jer walaupun penat. Memang sesuailah jururawat tu pompuan kan. Korang pernah bayangkan kalau jururawat kat hospital kaum lelaki..camnerlah agaknya ek?

Dalam bidang penjagaan kesihatan, jururawat adalah seseorang yang bertugas sebagai penjagaan profesional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.

Jabatan kejururawatan adalah [plan penjagaan jururawat, plan penjagaan], kadang-kadang memerlukannya bekerjasama dengan ahli fizik, ahli terapi, pesakit, keluarga pesakit dan rakan sejawat. Di united state dan united kingdom,latihan kejururawatan, seperti pakar klinik kerujuruwatan dan jururawat terlatih, diagnosis masalah kesihatan dan menentukan pengubatan dan lain-lain terapi. Jururawat akan membantu koordinat membantu menjaga pesakit yang dijalankan oleh ahli kesihatan yang lain seperti ahli terapi, pembantu perubatan terlatih, pakar pemakanan dan lain-lain. Jururawat akan menyediakan segala tugasan antara satu-satu jabatan contonya seperti dengan ahli terapi dan pakar jururawat.

Sedikit tentang sejarah Jururawat. Florence Nightingale, (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910), yang dikenali sebagai Wanita dengan Pelita, adalah perintis kepada kejururawatan. Dia juga terkenal sebagai ahli statistik.

Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British di Florence, Itali dan membesar sebagai wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah. Didorong oleh apa yang dianggapnya panggilan tuhan, dia membuat keputusan memasuki bidang kejururawatan pada 1845. Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya. Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat adalah wanita miskin), dan wanita British dari keturunan berada sepertinya, dijangka menjadi isteri yang patuh.

Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa Perang Crimea. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor.

Bersama-sama dengan 38 jururawat lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari (kini di terletak Istanbul). Dia menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan hospital dan kaedah jagaan oleh jururawat. Dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit.

Walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, sebaliknya meningkat. Kebanyakannya akibat jangkitan tifus, demam kepialu, penyakit Taun dan disenteri, dan bukan akibat cedera perang. Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik. Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka.

Florence Nightingale kembali ke England sebagai wira pada 7 Ogos 1857. Dia berpindah dari Buckinghamshire ke Piccadilly, London di mana dia jatuh sakit agak teruk pada 1896. Dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1910. Penawaran pengebumian di Westminster Abbey telah ditolak oleh saudaranya, dan dia dikebumikan di tanah perkuburan St. Margaret Church di East Wellow, England.

Menghilang ke Langkawi..





Pemandangan menarik di Langkawi


Pekabar teman teman semua..hehe aku baru balik menghilangkan diri ke Pulau Langkawi, rasa taknak balik jer, nak tinggal terozz kat Langkawi pun best, tapi bila mengenangkan kerja terpaksalah aku balik juga ke KL ni.. Dah lama tak merehatkan diri ke pulau pulau rasa seronok sangat dan hilang sekejap segala masaalah masaalah di KL ni.

Aku naik bas malam ke Aloq Staq, ada satu kejadian yang aku nak kongsi bersama dengan korang supaya korang tak buat macamana sorang penumpang ni buat kat dalam bas tu. Aku plan lepas naik bas tu aku ingat nak tidurlah sampai ke Alor Setar tapi malang sungguhlah.. Ada sorang mamat ni aku pun tak taulah nak kata apa... Korang percaya tak start dari naik bas sampai ke Aloq Staq dia boleh duk muntah sepanjang perjalanan, seat dia kat belakang aku jer, terpaksalah aku duk dengaq dia muntah uwek uwwek uwek...mengalah macam pompuan mengandunglah, morning sickness pun tak camtu..pelik sungguh mamat ni. Aku ingat dia ni mabuk naik bas kot, takpun mambang mabuk minum brandy, teruk sungguh orang mabuk lautpun tak camtu weii..

Aku ingat dan minta minta dia turun kat Butterworth jer.. so bolehlah aku tidur sekejap, rupanya dia pun turun Alor Setar juga, terpaksalah aku tadah telinga jer. Sampai Alor setar pagi aku pulak naik pening tak cukup tidur, lepas pekena teh ngan roti canai kat Alor Setar terus cari teksi pi Kuala Kedah. Sampai Kuala Kedah naik ferry pulak lebih kurang sejam lebih, dapatlah aku tidur sekejap barulah aku sampai ke Pulau yang terkenal dengan Sumpahan Mahsuri tu.

Tapi cuaca tak berapa bagus sangat kedatangan aku kali ni, sampai kat pulau tu hujanlah pulak yang menyambut ketibaan aku, apa apa pun cari kereta sewa dulu, senang nak bergerak nanti, pi check in hotel pastu start merondalah aku satu pulau dengan kereta, banyak juga perubahan yang aku lihat setelah lama aku tak ke Langkawi. Pastu duk rehat jelah kat dalam bilik. Ingatkan nak naik cable car lihat pemandangan dari atas gunung tu tapi sebab cuaca tak berapa elok.. so lupakan jeLa. Tapi tak kisahlah kedatangan akupun untuk berehat jer.

2 hari di Langkawi sampailah masanya untuk aku bergerak pulang, nak balik juga ditemani hujan lagi, ni yang buat aku sedih nak tinggalkan Langkawi ni.

Selamat tinggal Mahsuri, nanti abang akan datang lagi...

Tuesday, May 6, 2008

Merajuk, merajuk, merajuk.....





Aku pun tak tau tiba tiba jer kau merajuk lagi.. Adakah aku buat silap sampai hati kau terluka dan dah tak sudi nak pandang muka aku lagi. Aku panggilpun kau buat dek jer, marah sangat nampaknya. Janganlah camtu sedih aku bila kau buat tak reti jer kat aku yang sayang kat kau ni, aku bukannya pandai sangat nak pujuk memujuk... Tapi aku rasa bila kau rasa lapar nanti kau mesti datang menggesel kat aku...Masa tu nanti aku pulak yang buat tak reti kat kau baru kau menyesal nanti, kau ingat comel sangat ke nak merajuk rajuk ni..Jap lagi aku jentik telinga lagi baru tau...hehe tu kucing akulah merajuk sebab kena jentik telinga dia pagi tadi..

Kucingpun pandai merajuk..kalau buah hati yang merajuk camne ek? Orang kata pompuan suka merajuk. Betul ke orang pompuan suka merajuk? Kenapa diaorang suka merajuk ye? Seronok ke merajuk tu? Dapat apa bila merajuk tu? Dapat aiskrim ke? Mungkin korang boleh bagi jawapan pada soalan soalan aku ni tentang rajuk yang tak sudah oleh insan yang keras hatinya walaupun nampak lembut pada zahirnya...apa lelaki pun pandai merajuk..toksah lah.


Janganlah merajuk sayangg...

Monday, May 5, 2008

Merokok dan Perokok

Cockroach Cancer


Sipunat bercerita..



Apa bezanya ye merokok dan perokok.. Merokok adalah perbuatan yang membahayakan kesihatan dan perokok juga membahayakan kesihatan mereka dan orang orang disekeliling mereka juga. Aku juga merokok dan perokok walaupun cuba cuba nak berhenti tapi arrhg.. susahnya so terpaksalah teruskan juga tabiat yang orang pompuan tak suka ni..

Kalau dikumpulkan duit yang aku belikan rokok sejak dulu aku rasa dah boleh buat rumah bungalow kat tepi pantai. Tapi aku tetap dalam proses mencuba juga sebab sekarang ni harga rokok dah nak sama macam harga beras. Kan lebih baik kalau beli beras dari rokok dapat juga makan ramai ramai sampai kenyang..

Harga rokok dahlah mahal, aku cukup bengang kalau ada member member buat muka selamba berok pow rokok aku. Bukan apa dahlah rokok mahal dia selamba jer macam tak rasa bersalah pow rokok kawan.. Nak hisap rokok tapi tak tau nak beli, datang datang jer 'rokok sebatang Jon'... dengan muka selamba berok jer. Tak bagi nanti kawan, kang merajuk lak kata aku berkira sangat. Tapi hari hari asyik nak payung rokok kat dia jer mana tahan beb..Toke balakpun merungut jugak.

So nasihat aku kepada mereka yang belum merokok tu lebih baik jangan merokok, takde ape yang bestnya, menghabiskan duit dan merosakkan kesihatan korang jer.. Lebih baik korang simpan duit kat ASB ke, ASN ke ada juga faedahnya Mak Ngah. Lagi satu aku tengok sekarang yang pompuan pun dah banyak yang merokok tapi tak kisahlah diaorang nak hisap apapun bukan dia mintak duit aku..betul tak?

Kepada adik adik tu KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK. Hidup lebih sihat tanpa rokok.

Sunday, May 4, 2008

Cinta Monyet atau Monyet Bercinta?

Bahagianya Sang Monyet


Jatuh cinta... Dah jatuh baru nak cinta, camner tu ek? Tak kisahlah jatuh cinta ke cinta yang jatuh ke yang pasti aku rasa semua orang pernah rasa perasaan tu, ada jugak cinta monyet..hehe
Tapi aku nak pesanlah sikit kat sesiapa yang sedang bercinta tu sebenarnya cinta kadang kadang membuat orang yang bercinta tu macam orang mabuk sehingga lupa pada kehadiran orang lain yang berada disekeliling mereka. Aku rasa monyetpun tau malu kalau orang tengok dia tengah bermanja dengan couple dia. Cepat cepat dia blah punya...

Aku cerita pasal monyet ni bukannya apa, semalam aku naik komuter biasalah malam minggu komuter ramai dengan penumpang tapi ada satu couple mamat dengan minah ni buat aku rasa macam nak muntah jer dengan gelagat diaorang yang aku rasa tak menghormati orang lain kat dalam komuter tu. Dalam usia yang begitu muda berpelukan dan saling meraba bagai nak rak, macamlah dunia ni 'ana yang empunya'. Yang lebih memalukan dah tentulah diaorang ni anak melayu. Kan orang melayu terkenal dengan sifat sopan santunnya tapi aku rasa tu semua dah tinggal kenangan jer, mungkin yang sopan santun tu zaman nenek aku jer. Bukanlah aku nak jealous sangat atau cemburu dengan orang yang tengah bercinta macam monyet tu tapi sebagai orang melayu jagalah maruah kita sikit supaya lebih dihormati oleh orang lain. Tak salah nak bercinta pun tapi berpada padalah. Semua orang memerlukan cinta tapi biarlah ada adab sopan sikit semasa bercinta tu.

Bukanlah tujuan aku nak salahkan cinta tapi orang yang melibatkan diri dengan cinta tu tak menjaga dengan sewajarnya kesucian cinta yang dianugerahkan tu.. Lebih nafsu aku rasa dari cinta. Bila nafsu lebih menguasai cinta dan tak dijaga dengan baik maka ramailah yang jadi janda sebelum nikah...camner tu ek? Sendiri mau pikirlah kan...

Orang Tua Kita

Pernah tak korang tiba tiba rasa teringat kat orang tua korang yang berada kat kampung tu? Tak tau lah kenapa tiba tiba jer hari ni hati aku teringat pada emak aku kat kampung, mesti dia tengah sebut sebut nama aku tu kan... nasib baiklah aku tak tersedak masa makan.

Akupun memang dah lama tak balik kampung jumpa dengan dia, khabar apalah agaknya gerangan dia. Bukannya aku tak nak balik jenguk dia tapi tugas yang berlambak lambak ni kadang kadang menyebabkan aku terhalang untuk menjenguk dia di kampung. Terasa rindu sangat kat dia hari ni.Last aku jumpapun masa raya tahun lepas, lamanya aku tak menjenguk dia.

Selepas ayah aku meninggal dunia, tinggallah ibu aku dengan adik adik di kampung. Mungkin lepas habis kerja kerja aku ni, aku akan terus balik ke kampung menjenguk ibu aku. Selagi kita mengatakan terlalu sibuk dengan kerja selagi itulah kita terlupa dengan ibu kita yang sentiasa menanti kepulangan anak anaknya. Bagi seorang ibu bukanlah wang ringgit yang diharapkan oleh mereka di hujung hujung usia tapi mereka lebih mengharapkan kasih sayang dan ingatan dari anak anak. Jadi sementara mereka masih bernafas jenguk jenguklah ibu atau bapa kita di kampung tu, mungkin selepas mereka dah tiada nanti kita tidak rasa menyesal atau terlalu merindui mereka. Siapalah kita tanpa kasih sayang dari mereka, tanpa mereka pasti kita tidak mengenali sinaran bulan dan cahaya matahari.



Tapi sayang aku aku dah tak dapat kasih sayang dari seorang ayah. Jadi bagi korang yang masih mempunyai ayah pastinya bertuah kerana dapat membalas jasa jasa yang telah diberikannya masa korang kecik kecik dulu. Jangan sia siakan peluang tu..

Walaupun camtu aku masih boleh berdoa untuk dia, moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang orang yang beriman, amin.

Aku dah ada Blog

Assalamualaikum dan salam perkenalan untuk semua blogger yang tersesat masuk ke blog aku yang masih baru ni. Terimakasihlah ye..

Seronoknya aku hari ni dapat memulakan sebuah blog. Tapi otak aku rasa blurr untuk permulaan ni.. tak tau apa yang yang aku nak tulis kat sini sebenarnya. Mungkin untuk permulaan berblog ni aku rasa sedikit kekok untuk menulis sebab aku bukanlah seorang penulis yang baik cuma timbul pula minat untuk mempunyai blog dan menulis bila selalu membaca blog orang lain yang menarik kat internet ni. Mungkin aku kena banyakkan membaca lagi untuk mendapat idea yang menarik untuk menambah post di blog ni...