Sunday, May 4, 2008

Orang Tua Kita

Pernah tak korang tiba tiba rasa teringat kat orang tua korang yang berada kat kampung tu? Tak tau lah kenapa tiba tiba jer hari ni hati aku teringat pada emak aku kat kampung, mesti dia tengah sebut sebut nama aku tu kan... nasib baiklah aku tak tersedak masa makan.

Akupun memang dah lama tak balik kampung jumpa dengan dia, khabar apalah agaknya gerangan dia. Bukannya aku tak nak balik jenguk dia tapi tugas yang berlambak lambak ni kadang kadang menyebabkan aku terhalang untuk menjenguk dia di kampung. Terasa rindu sangat kat dia hari ni.Last aku jumpapun masa raya tahun lepas, lamanya aku tak menjenguk dia.

Selepas ayah aku meninggal dunia, tinggallah ibu aku dengan adik adik di kampung. Mungkin lepas habis kerja kerja aku ni, aku akan terus balik ke kampung menjenguk ibu aku. Selagi kita mengatakan terlalu sibuk dengan kerja selagi itulah kita terlupa dengan ibu kita yang sentiasa menanti kepulangan anak anaknya. Bagi seorang ibu bukanlah wang ringgit yang diharapkan oleh mereka di hujung hujung usia tapi mereka lebih mengharapkan kasih sayang dan ingatan dari anak anak. Jadi sementara mereka masih bernafas jenguk jenguklah ibu atau bapa kita di kampung tu, mungkin selepas mereka dah tiada nanti kita tidak rasa menyesal atau terlalu merindui mereka. Siapalah kita tanpa kasih sayang dari mereka, tanpa mereka pasti kita tidak mengenali sinaran bulan dan cahaya matahari.



Tapi sayang aku aku dah tak dapat kasih sayang dari seorang ayah. Jadi bagi korang yang masih mempunyai ayah pastinya bertuah kerana dapat membalas jasa jasa yang telah diberikannya masa korang kecik kecik dulu. Jangan sia siakan peluang tu..

Walaupun camtu aku masih boleh berdoa untuk dia, moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang orang yang beriman, amin.

1 comment:

Jie said...

lamanya tak balik?

hargailah sementara masih ada...