Friday, May 23, 2008

Boroi @ Buncit



Looky Here


Perut siapa boroi? Ramai sekarang masyarakat tak kiralah samaada lelaki ataupun pompuan berperut boroi. Lebih lebih lagi yang sudah berkahwin, bila dapat anak sorang jer perutpun start naik macam belon..hehe. Mungkin dah kurang dan malas nak melakukan aktiviti bersukan, asyik duduk mengadap TV je. Yang bujangpun kadang kadang ada juga yang boroi ni, member aku ada sorang belum kawin tapi boroi, kawan kawan panggil dia Roy...hehe. Sorry Boroi.. perut lu memang boroi. Aku pernah baca kat blog menteil dimana nilainya nama. Ini adalah satu contoh gelaran nama yang berkaitan dengan perut.

Bercerita pasal boroi ni memang senario biasa sebenarnya lebih tepat lagi perut buncit. Kaum pompuanpun ramai yang buncit juga, bukan buncit sebab pregnant, itu buncit lain, tapi buncit yang aku maksudkan ni perut mengelebeh. Kalau lelaki mungkin nampak sexy kalau dia banyak duit, itu kata kawan pompuan akulah, hampeh betul..memang ko dasar materialistik. Tapi kalo pompuan yang buncit..'tak menariklah sayang'..'belilah ubat ke, alat senaman ke bagi kempis sikit perut you tu'...hehe berangan je aku.

Korang tak perlu beli ubat atau alat senaman ke, hari ni aku nak bercerita dan turunkan ilmu dari nenek kebayan semoga dapat dimanfaatkan oleh anak cucu semua. Aku rasa korang mesti pernah dengar tapi tak pernah nak praktikkan. Nama senaman ni agak kelako jugaklah iaitu

Senaman Kemut

Cara cara nak buat senaman ni mudah jer,
1. Ok..korang kemut kuat2 sambil kempiskan perut.
2. Pastikan kaki korang kejang tau.
3. Tahan nafas sama, masa nak lepas tu korang jangan lepas mengejut, slow slow.
4. Buatlah 15x ke, 100x ke, ikut kesukaan dan keselesaan koranglah.

Masa yang sesuai untuk buat senaman ni - ni yang best, tak kira masa dan tempat, bila bila masa korang boleh buat, tengah tunggu LRT, berus gigi pagi2, tengah duduk depan PC ni pun boleh, aku tengah buatlah ni..hehe. Lagi kerap lagi bagus sebenarnya.

Dan yang terakhir adalah kesan kesan senaman kemut ni pada korang.
1. Psst..Untuk kaum lelaki, boleh tahan lebih lama beb, gua cakap Lu.
2. Untuk pompuan pulakkan, korang tanyalah suami korang nanti, mesti suami korang tanya camni "You makan ubat apa ni sayang,tak macam biasala??"hehe..
3. Yang terakhir adalah mengurangkan keboroian, kempiskan perutlah tu.

Dalam bahasa moden sebenarnya kaedah senaman ni dikenali sebagai PELVIC FLOOR EXERCISE.

Oklah...Selamat mengempiskan perut pada korang semua.

7 comments:

chekgu Bani Hassim said...

terasa aku nih woi...
Huhu...
Takpe,janji tak terlalu boroi sudah...
Hahaha...

Anonymous said...

caner pulak boroi disebabkan minum arak ataupon wat rasuah??
huhu..
no komen

Sipunat said...

banihassim --> Boroi tapi hensem takpe...huakaka

menteil --> yang tu aku taknaklah komen lebeh2...sensetip tu kau..

Anonymous said...

Heh.. bukan ke boroi tu seksi... kweh kweh kweh...

Fizza said...

cittt...leh caya ker....

Jie said...

erk...boroi

jarang sgt dipertikaikan, selalu kalau pompuan gemuk tu riuh la org mengata...

kolek said...

Petua yang diberikan tu sungguh bagus. Mudah dan percuma. Pasti berkesan. Terlanjur menjeguk ke sini saya nak ajaklah anda semua ke laman web saya pulak. Kot-kot ada sesuatu yang bermanfaat untuk anda di sana.
http://www.emesgold.ui2u.com